Isnin, 10 Januari 2011

Peluang

Peluang hanya datang sekali dan akan berlalu pergi sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya .Ramai diantara kita yang tidak menggunakan peluang yang diberikan dengan betul kerana mereka merasakan peluang yang ada adalah bermakna atau tidak bermakna buat mereka. Setiap diantara kita akan diberi peluang sama ada sekali untuk untuk seumur hidup atau berberapa kali peluang .


Terdapat pelbagai peluang yang hendak kita capai malah merangkumi kehidupan kita dari segi belajar,hubungan cinta ,kewangan,dan sebagainya . Disini saya ingin berkongsi cerita mengenai sebuah drama Jepun yang bertajuk "Proposal Daisuken : Operation Love ". Drama yang berkisarkan tentang bagaimana seorang lelaki yang mempunyai perasaan cinta kepada seorang perempuan yang juga teman baiknya sejak dibangku sekolah rendah lagi .Pelbagai situasi yang dipaparkan dalam drama ini .


Sinopsis ringkas mengenai cerita ini:


Iwase Ken dan Yoshida Rei berkawan sejak sekolah rendah. Ken seorang yang kacak, keras kepala dan tidak pandai dalam hal cinta tetapi dia sudah jatuh cinta pada Rei. Walaupun menyukai Rei dan keduanya sering bersama-sama sejak masih kecil, Ken tidak pernah menyatakan cintanya pada Rei. Waktu terus berjalan hingga Rei mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Tada, seorang professor dari universiti Rei. Ken menyesal kerana dia tidak meluahkan isi hatinya. Kawan Ken, Mikio dan Eri membuat satu pertunjukan slide show mengenai hidup Rei sejak kecil hingga berjumpa dengan Tada. Ken memandang ke layar, menyaksikan foto masa-masa indahnya bersama Rei ditayangkan ke layar satu per satu. Ken mengharapkan dia dapat pergi ke masa silam agar dia dapat meluahkan isi hati dia pada Rei. Tiba-tiba, muncul satu pari-pari yang dapat mengabulkan permintaan Ken dapat kembali ke masa silam melalui perjalanan waktu untuk mengubah nasibnya.

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Proposal_Daisakusen

Antara babak yang menarik yang terdapat dalam drama ini:













Sumber:google images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan